Friday 14 December 2012

Apakah fungsi kolagen terhadap manusia? Mengapa kita memerlukan makanan tambahan seperti kolagen?

Tahukah anda bahawa kolagen dalam sel kulit badan akan semakin berkurangan apabila usia meningkat. Kajian mendapati bahawa kandungan kolagen dalam badan manusia merosot pada kadar 1.5 peratus setiap tahun seawal usia 25 tahun. Keadaan ini akan menyebabkan kulit badan semakin kusam dan kurang anjal dan akan menyebabkan wajah seseorang menjadi lesu.

Kolagen ialah struktur protein yang menyusun tubuh adan manusia. Kata kolagen sendiri berasal dari bahasa Yunani yang artinya (bersifat lekat atau menghasilkan pelekat). Kolagen membentuk sehingga 75 peratus struktur kulit dan bertindak seperti blok binaan juga pelekat yang membina dan menghubungkannya dengan tulang, di samping melindungi dan menyokong tisu lembut. Kolagen adalah struktur organik pembangun tulang, gigi, sendi, otot, dan kulit. Serat kolagen memiliki daya tahan yang kuat terhadap tekanan.

No comments:

Post a Comment